Sejarah Langshan Australia

Langshan Australia mula dibiakkan pada awal kurun ke-20 melalui pembiakkan terpilih ke atas Croad Langshan, Orpington, Langshan China Wakfer dan Langshan Moden. Tidak banyak diketahui akan sejarah baka ini, tetapi menjelang tahun 1950 ia adalah satu baka popular di banyak kawasan Australia. Baka ini telah diterima oleh Standard Unggas Australia pada tahun 1998 apabila Standard Unggas Australia Edisi Pertama diterbitkan. Versi bantam dibiakkan tidak lama selepas saiz standard dibiakkan oleh para penternak di New South Wales dengan menggunakan stok kecil dari Langshan Australia saiz standard.[1]